Tuesday, July 7, 2009

Keputusan Liga Super 07/07/09


SEPINTAS LALU~~


SELANGOR terus mencengkam persada Liga Super selepas bangkit daripada ketinggalan untuk merakam kemenangan 4-1 ke atas Kuala Muda Naza ketika juara bertahan, Kedah tunjuk taring apabila berpesta jaringan selepas membelasah Polis 7-2, malam tadi. Ketika anak buah K Devan yang ketinggalan di Stadium Shah Alam selepas jaringan Akmal Rizal Rakhli pada minit ke-23, Selangor mengharap ihsan gol sendiri pemain KM Naza, B Rajnikandh minit ke-55 untuk bangkit. Selangor mempergunakan separuh masa kedua untuk mencatat kemenangan dan gol yang ditunggu-tunggu akhirnya muncul pada minit ke-70 hasil jaringan Khairul Anuar Baharom disusuli jaringan Mohd Amri Yahyah (m-80) dan Amirul Hadi Zainal (m-88). Kejayaan ini memastikan Selangor kekal di puncak liga dengan mengumpul 57 mata, manakala Perlis meraih 53 mata.


Di Stadium Darulaman, Kedah bertindak garang membelasah Polis tanpa ihsan menerusi hatrik Khyril Muhymeen minit ke-19,59, 85 dan masing-masing dua daripada Badrol Bakhtiar (m-15,53) dan Azrul Ahmad (m-29,60). Polis menyumbang dua gol menerusi Khairul Izuan (m-2) dan Eddy Gapil (m-23).


Di Stadium Perak, tuan rumah gagal memanfaatkan gol pendahuluan Mohd Shazuan Roslan minit ke-32 apabila membenarkan Nizarudin Omar menyamakan kedudukan minit ke-73, tiga minit selepas masing-masing seorang pemain Perak dan Perlis dibuang padang.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan turut mengganas apabila memastikan kemenangan bergaya menewaskan pasukan yang dilanda kemelut, UPB-MyTeam 6-2. Skuad Wan Jamak Hassan yang minggu lalu diberi amaran selepas kecundang di tangan Johor FC, menjaringkan enam gol pada separuh masa pertama menerusi S Kunalan minit ke-5 dan 14; Mohd Zaquan Adha (m-8, penalti), m-21 dan Shahurain Abu Samah (m-22, m-38). Gol MyTeam dijaringkan Norshahrul Idlan Talaha minit ke-18 sebelum pelawat menambah satu lagi jaringan pada separuh masa kedua hasil gerakan Azmi Muslim (m-74).


Sementara itu, Johor FC mengikat keputusan seri 1-1 dengan KL Plus di Stadium JCorp, Pasir Gudang ketika Pahang mengatasi Terengganu 2-1 manakala perlawanan Pulau Pinang dan Kelantan ditangguhkan akibat hujan pada kedudukan 1-1.

Ape dh jadi ngan BOLASEPAK malaysia??????



Hemm,,sebut je pasal Liga Malaysia,,mesti ramai orang yang dh naik menyampah..

Apkah sebenarnya yg yang telah terjadi kepada liga bola di Malaysia ni????

Macam hal yang timbul,,antaranya pasukan negeri x bayar gaji pemain la,,kelab takde dana nak main kat liga super la..mcm2 ada!! Mengikut status , liga malaysia merupakan sebuah liga professional. Oleh itu,,segala format terpaksa dijalankan mengikut kriteria liga profesional,,maka dengan itu,,perbelanjaan secara tidak langsung naik!!!!!!!! Padahal tahap sebenar liga malaysia lebih kepada semi-pro..

Pemain dibayar dengan gaji yang lumayan,,padahal main macam budak skola menengah jer..haha..termasuk lagi campurtangan politik dalam sukan..eg: UPB Myteam..tgk??ape nk jadi dah,,hancusss..Please no politik in sport especially FOOTBALL/SOCCER..Tu pon kalau nak tengok bolasepak kite maju la..

Alasan yang sering diberi oleh pihak FAM kenapa psukan Malaysia x bleh compete dlm perlawanan antarabangsa,,alasan yg diberi antaranya:

1. team lawan mempunyai taktikal yg sngat bagus..

2. pemain Malaysia keletihan on the way nak pegi venue perlwanan..

3. pemain lawan mempunyai fizikal yg lebih bandingkn dgn pemain malaysia..

ni semua alasan LAPUK yg sering diberi kalau team Malaysia kalah...kalu nak tengok fizikal,,pemain Argentina semue rendah2,,mcm pemain Malaysia gak,,tapi kenapa Argentina bleh masuk WORLD CUP..nk bagi alasan facilities,,saya rasa Malaysia pny facilities jauh lebih baik..world class facilities la katekan,,tp main x mcm world class pon..

So,,fikir2kn lah..kalau FAM ade terbaca pasla post ni,,ambil la kritikan ni sebagai pemangkin untuk majukan bolasepak negara kita..

Sekian,,,,,,,,,,,,zzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Monday, July 6, 2009

Orang Malaysia nak beli The Magpies???






Akhbar The Sun di Britain semalam mendedahkan identiti bilionair dari Malaysia yang mahu membeli kelab bola sepak Newcastle United sebagai T. Ananda Krishnan.
Ananda yang merupakan taikun media di Malaysia dilaporkan berhasrat membeli kelab itu pada harga £95 juta (RM547 juta).
Dari segi kekayaan, mengikut majalah Forbes, beliau kini berada di tangga ke-62 dalam senarai tahunan bilionair terkaya di dunia dengan harta yang dianggarkan berjumlah £4.2 bilion (RM22 bilion).
Di Malaysia, beliau berada di tempat kedua terkaya selepas Tan Sri Robert Kuok yang memiliki harta sebanyak RM31.5 bilion.
Ananda dilaporkan menjadi pilihan utama pemilik Newcastle, Mike Ashley selepas mereka mengadakan perbincangan.
Ashley dilaporkan bersetuju untuk menjual kelab itu kurang £40 juta (RM230.33 juta) daripada harga belian asalnya pada 2007.
Menurut The Sun, Ananda mungkin mengekalkan Alan Shearer sebagai pengurus kelab itu.

Perpindahan Pemain d Europe


Emm, SUMMER SALE!!!
musim cuti BOLA ni la kelab2 bola kt europe sibuk nk beli pemain baru,,sape2 ade DUIT byk tu,,bleh la bli player yg star2..yg xde duit tu,,hemm,,bli player yg ala kadar pon okey dh....
Berikut ialah list perpindahan pemain bg EPL,,La Liga nt2 la ek..

Arsenal
Masuk:Thomas Vermalaen (ajax) (x diketahui)

Aston Villa
Keluar: Gareth Barry (man city) (12m GBP)
Stuart Taylor (man city) (x diketahui)
Martin Laursen (bersara)

Birmingham City
Masuk: Cristian Benitez (santos laguna) (x dketahui)
Giovanny Espinoza (barcelona sporting club) (x dketahui)

Oiiiii,,byk nk menulis ni..ala,,bce je la kat sini..
Latest update
http://www.skysports.com/football/transfers/0,20367,11660,00.html

Sekian buat waktu ini..
Ape2 pon,,Majulah bolasepak utk Malaysia(hehehe,,walaupon ranking agak BEST)