Monday, July 6, 2009

Orang Malaysia nak beli The Magpies???






Akhbar The Sun di Britain semalam mendedahkan identiti bilionair dari Malaysia yang mahu membeli kelab bola sepak Newcastle United sebagai T. Ananda Krishnan.
Ananda yang merupakan taikun media di Malaysia dilaporkan berhasrat membeli kelab itu pada harga £95 juta (RM547 juta).
Dari segi kekayaan, mengikut majalah Forbes, beliau kini berada di tangga ke-62 dalam senarai tahunan bilionair terkaya di dunia dengan harta yang dianggarkan berjumlah £4.2 bilion (RM22 bilion).
Di Malaysia, beliau berada di tempat kedua terkaya selepas Tan Sri Robert Kuok yang memiliki harta sebanyak RM31.5 bilion.
Ananda dilaporkan menjadi pilihan utama pemilik Newcastle, Mike Ashley selepas mereka mengadakan perbincangan.
Ashley dilaporkan bersetuju untuk menjual kelab itu kurang £40 juta (RM230.33 juta) daripada harga belian asalnya pada 2007.
Menurut The Sun, Ananda mungkin mengekalkan Alan Shearer sebagai pengurus kelab itu.

No comments: